1. Melepaskan minyak dan brek secara perlahan2 serta memecut perlahan2 semasa di lampu isyarat.
2. Memanaskan kenderaan hanya selama seminit dan bergerak secara perlahan2 utk 2 km sebelum membawa kenderaan seperti biasa. Enjin yang dibiarkan hidup tanpa bergerak menghasilkan sifar kerja dan terjadinya pembaziran minyak.
3. Memastikan penghawa dingin kenderaan anda berada di suhu 21-24C pada sepanjang masa kerana pemanduan sesuai pada suhu tersebut, seterusnya mengurangkan kerja utk menyejukkan kenderaan secara berlebihan.
4. Bawa pada gear yang sepatutnya mengikut permukaan jalan.
5. Jangan membawa beban berlebihan atau membawa barang2 yang tidak diperlukan.
Amalkan tips-tips ini dan anda akan merasai penjimatan bahan api sehingga 20%. Selamat mencuba!